Pada 23 Jun 2011 yang lepas, telah diadakan kejohanan olahraga peringkat sekolah SMK Naning kali ke 24 yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Kasim Bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah PPD Alor Gajah. Majlis penutup bermula pada pukul 2.00 petang, dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang dianggotai oleh setiap ahli rumah sukan dan unit badan beruniform. Diikuti dengan upacara menaikkan bendera, ucapan aluan GPK Pentadbiran SMK Naning, seterusnya ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Kasim. Ucapan tahniah kepada semua guru dan staf SMK Naning yang telah menjayakan program tersebut dengan baik.
Ilmu umpama berlian yang bernilai.Tanpa ilmu hidup kita tanpa arah dan tujuan.Oleh itu,contohilah resmi padi,semakin berisi semakin tunduk. Cemerlang,Gemilang,Terbilang
Monday, 27 June 2011
Monday, 20 June 2011
ACARA SARINGAN / AKHIR KEJOHANAN SUKAN SMK NANING
Pada hari ini diadakan acara saringan bagi beberapa acara sukan antaranya 200 meter, 400 meter, dan 800 meter bagi kategori lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan acara padang iaitu lompat jauh dan lontar peluru yang diadakan bermula pukul 3.00 petang. Ini adalah acara saringan pertama dan saringan kedua akan disambung esok iaitu pada 21 Jun 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)