Monday 27 June 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK NANING KALI KE 24

Pada 23 Jun 2011 yang lepas, telah diadakan kejohanan olahraga peringkat sekolah SMK Naning kali ke 24 yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Kasim Bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah PPD Alor Gajah. Majlis penutup bermula pada pukul 2.00 petang, dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang dianggotai oleh setiap ahli rumah sukan dan unit badan beruniform. Diikuti dengan upacara menaikkan bendera, ucapan aluan GPK Pentadbiran SMK Naning, seterusnya ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Kasim. Ucapan tahniah kepada semua guru dan staf SMK Naning yang telah menjayakan program tersebut dengan baik.



Monday 20 June 2011

ACARA SARINGAN / AKHIR KEJOHANAN SUKAN SMK NANING

Pada hari ini diadakan acara saringan bagi beberapa acara sukan antaranya 200 meter, 400 meter, dan 800 meter bagi kategori lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan acara padang iaitu lompat jauh dan lontar peluru yang diadakan bermula pukul 3.00 petang. Ini adalah acara saringan pertama dan saringan kedua akan disambung esok iaitu pada 21 Jun 2011.