Tarikh : 14 Julai 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kawasan Parking SMK Naning
Latihan kebakaran telah diadakan di SMK Naning dengan kerjasama dari pihak bomba Alor Gajah. Latihan ini bertujuan untuk mendidik pelajar bagi menghadapi situasi sebenar sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. Semasa sessi latihan ini, pelajar di ajar teknik yang betul untuk memadam api menggunakan pemadam api. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Ilmu umpama berlian yang bernilai.Tanpa ilmu hidup kita tanpa arah dan tujuan.Oleh itu,contohilah resmi padi,semakin berisi semakin tunduk. Cemerlang,Gemilang,Terbilang
Friday, 15 July 2011
Monday, 11 July 2011
HARI JUALAN SMK NANING
Tarikh : 7 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Datuk Abu Mansur SMK naning
Sempena hari jualan SMK Naning pada hari Khamis lepas, sebanyak 13 buah gerai jualan dibuka yang menjual pelbagai produk makanan, minuman dan servis lain. Gerai-gerai ini terdiri daripada kelab dan persatuan di SMK Naning. Sambutan hangat dari murid-murid, guru dan staf telah memeriahkan hari jualan ini. Sekalung tahniah kepada semua yang menjayakan hari jualan ini.

Monday, 4 July 2011
MOTIVASI KEIBUBAPAAN BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Datuk Abu Mansur SMK Naning
Motivasi keibubapaan bersama pelajar tingkatan 3 dan 5 ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Badrul Hisham Bin Abdul Karim iaitu Timbalan Ketua Pengarah Unit Tataterbit Bahagian Sekolah Harian KPM Putrajaya. Program motivasi ini diadakan bertujuan untuk membolehkan pelajar dapat menyiapkan kelengkapan diri dalam semua aspek di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan, memberi motivasi kepada murid-murid dan ibubapa dengan menanamkan semangat untuk meningkatkan prestasi akademik agar mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun ini dan mengeratkan hubungan warga sekolah dengan pelajar, ibubapa pelajar, dan pelajar dengan ibubapa mereka sendiri. Ucapan terima kasih kepada semua ibubapa yang sudi hadir dan tahniah kepada AJK yang telah memastikan program ini berjalan dengan lancar.

KURSUS HAJI DAN UMRAH
Tarikh : 30 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Datuk Abu Mansur
Pada 30 Jun 2011 yang lepas telah diadakan kursus haji dan umrah bagi semua murid tingkatan 4 dan 5 yang beragama Islam. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Helmi Akhtar Bin Abdul Malik selaku penceramah jemputan. Kursus ini dianjurkan bersama oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Naning dan Lembaga Tabung Haji Cawangan Masjid Tanah. Ucapan tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)