Monday 4 July 2011

MOTIVASI KEIBUBAPAAN BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

Tarikh   : 2 Julai 2011
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Datuk Abu Mansur SMK Naning

Motivasi keibubapaan bersama pelajar tingkatan 3 dan 5 ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Badrul Hisham Bin Abdul Karim iaitu Timbalan Ketua Pengarah Unit Tataterbit Bahagian Sekolah Harian KPM Putrajaya. Program motivasi ini diadakan bertujuan untuk membolehkan pelajar dapat menyiapkan kelengkapan diri dalam semua aspek di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan, memberi motivasi kepada murid-murid dan ibubapa dengan menanamkan semangat untuk meningkatkan prestasi akademik agar mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun ini dan mengeratkan hubungan warga sekolah dengan pelajar, ibubapa pelajar, dan pelajar dengan ibubapa mereka sendiri. Ucapan terima kasih kepada semua ibubapa yang sudi hadir dan tahniah kepada AJK yang telah memastikan program ini berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment