Monday, 27 June 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK NANING KALI KE 24

Pada 23 Jun 2011 yang lepas, telah diadakan kejohanan olahraga peringkat sekolah SMK Naning kali ke 24 yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Kasim Bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah PPD Alor Gajah. Majlis penutup bermula pada pukul 2.00 petang, dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang dianggotai oleh setiap ahli rumah sukan dan unit badan beruniform. Diikuti dengan upacara menaikkan bendera, ucapan aluan GPK Pentadbiran SMK Naning, seterusnya ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Kasim. Ucapan tahniah kepada semua guru dan staf SMK Naning yang telah menjayakan program tersebut dengan baik.



Monday, 20 June 2011

ACARA SARINGAN / AKHIR KEJOHANAN SUKAN SMK NANING

Pada hari ini diadakan acara saringan bagi beberapa acara sukan antaranya 200 meter, 400 meter, dan 800 meter bagi kategori lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan acara padang iaitu lompat jauh dan lontar peluru yang diadakan bermula pukul 3.00 petang. Ini adalah acara saringan pertama dan saringan kedua akan disambung esok iaitu pada 21 Jun 2011.

Wednesday, 11 May 2011

Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG

Kepada semua ibubapa/penjaga murid-murid SMK Naning, tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

             Tarikh : 14 Mei 2011
             Tempat : Dewan Datuk Abu Mansor SMK Naning
             Masa : 8.00 pagi

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.

Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG SMK Naning telah diadakan pada 10 Mei 2011 bertempat di Bilik Gerakan SMK Naning. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDP PIBG iaitu Datuk Wira Dr. Bahari bagi membincangkan tentang persediaan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26. Ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sudi hadir ke mesyuarat tersebut.

Thursday, 28 April 2011

Jemputan ke Karnival PPDa

SMK Naning telah dipilih menjadi tuan rumah Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Alor Gajah.
Karnival ini akan diadakan pada hari Sabtu 30 April 2011.
Anda dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
sekian terima kasih..